Tabung Kawen

MINGGU PENULIS REMAJA 2014

Assalamualaikum,sebetulnya...sudah beberapa hari aku kembali daripada Cherating,sempena minggu pemulis remaja 2014.Tapi,aku nak bercerita pengalaman aku sepanjang aku berada di sana selama 6 hari.Daripada 22-27/3/2014.

sehari sebelum,
aku bertolak ke Kuala Lumpur bermalam di rumah seorang mak saudara ku.
esoknya...
aku mendaftar di bangunan DBP.aku tengok ramai budak yang dah berkumpul di situ.Bas pun siap menunggu .Tapi,hari masih awal lagi...sempatlah aku pergi minum di warung berdekatan dengan bangunan tu.Sekeliling aku,ramai orang Indonesia dan bangsa lain,yang turut mencari sesuap nasi di bumi bertuah Malaysia. Nak pendekkan cerita,aku agak lewat masuk dalam bas sebab aku dan keluarga ku menunggu di bahagian atas . Aku yang terakhir masuk dalam bas.Di dalam bas,aku duduk seorang diri,merenung jauh masa depan aku. Melalui lebuhraya Karak...ke Cherating,Pahang.

Bas sempat berehat makan tengah hari di hentian sebelah entah nama hentian tu aku dah lupa. Sempat solat  tapi makan,aku belum ada selera. Berkenalan dengan seorang perempuan ni,rambut perang...aku ingatkan Melayu,sebab muka dia memang macam Melau.Rupa-rupanya...dia Cina. Akak ni juga salah seorang daripada peserta MPR yang seramai 24 orang.

Sampai di Sanctuary Resort,Cherating pada jam 4-5 petang. Aku ditempatkan di bilik 2204,bersama 3 orang lagi budak.Seorang sebaya dan lagi 2 tingkatan 5.Kami berkenalan dan rupa-rupanya,si dua orang ni budak negeri aku.Nampaknya,buat perkampngan lah aku di sini...

Malam pertama di situ,aku hanya mendengar penerangan dan taklimat daripada urusetia,segala kuliah dan bengkel akan berlangsung esok.

Aku akn sambung cerita ini pada tinta aku yang lain...tunggu...
till then,
secret unfold,
29-3,sabtu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan