Tabung Kawen

IT'S ABOUT TIME

ASSALAMUALAIKUM....

dah lama tak bersiaran secara langsung daripada bilik aku. haha....Tau tak lawak.
kali ni aku nak buat kelainan sedikit lah. Buka ape ,aku tiba-tiba rasa bosan nak menulis tentang kisah hidup aku, dan aku yakin yang korang pun sama kan?
Jadi,kali ni aku nak buat ruangan madah pujangga. Yes! Tapi,nak tambah dos kelainannya,kita buat madah dalam bahasa inggeris! Amacam?

disebabkan pagi tadi aku baru sahaja lepas melepak, (tak delah lepak yang negatif tu...) dengan kawan-kawan sekolah aku. jadi ,aku dedikasikan poem ini buat mereka. Yang masing-masing sebenarnya tengah menghitung hari nak berangkat memulakan hidup baharu di negari orang. (dan aku sendiri bakal menyusul)

CHERISH,
BY MAR THE OWNER OF THIS BLOG.

recalling towards time,
indeed it was fun,
to cherish our moments
when there's laugh cry and amusement

time and tide waits for no men,
if only we can be together eternally,
just imagining that makes me smile broadly,
indeed,it was just an imaginations

we are going to fly high
towards the sky
clear blue ocean ahead
are the things that we are going to accomplish

never give up
put your chin up high
because the night are going to be
our night
trust me

Biar aku terangkan serba sedikit tentang sajak ini.
hanya luahan perasaan aku apabila terkenangkan kenangan lalu,
KAWAN.kita jumpa dan bila tiba waktunya perpisahan menggamit.
Hilangkah semua kenangan,memori pahit manis suka duka sewaktu bersama dahulu.
TIDAK!
Bahkan,ia jadi ingatan abadi dalam hidup.

Buat kawan-kawan aku dan semua yang layan coretan ini. Yang bakal hijrah ke luar negeri,negara atau kemana sahaja kaki tu bakal jejak.
Kita kawan selamanya.

till then,secret unfold
sabtu,24-5

BERTEMU KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM!

Hello.Masih ingat aku lagi? Ini Marlah...Pemilik blog ni. Haih,masih bernyawa rupanya blog ni.Ingatkan dah terkubur tanpa sempat bertanda lagi. Ho...tidak.Sekali menulis,aku tak akan cepat untuk berudur.

   
  Macam ini kisahnya. Pada post terakhir blog ini sebelum aku menyepikan diri. Aku ada memberitahu tentang permohonan aku ke satu uni ni.Alhamdulillah,aku berjaya. Dan kini aku sedang sibuk untuk menguruskan segala benda yang penting untuk pendaftaran pada bulan Jun nanti. Lepas ini,insyaallah,aku akan menulis daripada Ipoh pula.

   Jujur cakap,aku rindu untuk menulis di sini. Aku menyepi seketika atas masalah teknikal. Yalah,kerja dengan mesin ni memang kena teliti dan berhati-hati. Entah kenapa,laptop aku bermasalah sebulan yang lepas. Sampai kena format ! Ha...itu yang paling aku sedih. Tapi, nak buat macam mana kan.Mungkin hanya itu penyelesaian untuk masalah laptop aku ni.( Ingatkan hantar kedai dia akan cuba untuk selesaikan masalah laptop aku tanpa perlu di format,rupanya...Kalau nak format,aku pun tahu!) Dah melayang sedikit duit.HUH!

 
   Hah,sekarang tengah musim budak lepas SPM dapat keputusan UPU. Ramai kawan-kawan aku yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA. Tahniahlah,rezeki tu.Dalam ramai-ramai lepasan SPM thun 2013,kalian berjaya . Aku? Heh,tak dapatlah... Tapi,aku positifkan diri. Semua tempat sama. Yang penting nak belajarkan. agipun,aku masih berpeluang untuk belajar dalam bidang yang aku minat.

    Tapi,kalau rasa hanya dengan minat boleh menjamin masa depan,I don't think so. Zaman sekarang ni,orang mana fikir minat lagi. PELUANG KERJAYA. Orang pandang itu,sekarang. Dah graduate, nak kena bayar balik pinjaman dulu. Masalahnya,kerja pun belum ada lagi. Jadi,sekarang adalah zaman dimana orang mencari peluang kerjaya sejurus tamat belajar.

   Insyaallah,aku dah buat keputusan. Ini yang terbaik buatku.
Till then,
secret unfold.
13-5 selasa