Tabung Kawen

Apa hubungan Anda?

sejujurnya...hati ni masih dirundung kesedihan,memang sukar nak menghadapi kenyataan yang kawan baik,satu geng telah pergi menemui Penciptanya.

Semalam,aku teringat yang dia dan seorang lagi kawan aku ada bagi satu video,sempena hari lahir aku yang ke 17 tahun,tahun lepas...

Kalau dulu,aku boleh tengok sambil gelak2 dan tahan terharu....(Senyum lebar) tapi semalam,memang berjurai-jurai butiran jernih tu keluar tanpa henti daripada tubir mta. Tapi,sepertimana yang kawan aku tu pesan,
"Happy always...Jangan sedih....Jangan lupakan aku..."

Dayah...aku tak akan lupakan kau.Janji!

Enough with that,life must go on.Doakan dia bahagia di sana.
 Ini,berkaitan dengan tajuk tinta aku,hari ni...

Hari ini,aku menjadi saksi macam mana sulitnya perasaan.Cheh...ayat....!
2 orang kawan yang berbeza tapi ada problem dengan perkara yang sama.

CINTA

kawan 1:dia ni memang baik,gaya pun sweet je.Tak pelik kalau lelaki mudah tangkap cintan dengan dia.Sikap dia yang mesra dengan semua orang memang menarik perhatian...
Namun,dalam diam...dia mula minat dengan seorang mamat ni.
Mamat ni...pun stok baik2juga...adalah juga macam lelaki idaman gadis .Lembut (which is not yang Auuu?! tu.)gaya penyayang mungkin?Aku sendiri tak tahu nak describe dia macam mana.

Tanpa disedari,selepas satu kejadian yang berlaku antara mereka,menimbulkan perasaan suka.Untung,tak bertepuk sebelah tangan.

Haru,bila ramai juga yang nak jadi match -maker dia orang.Tapi,aku ni,pengenen (match-maker)official  mereka.

Jujur,kawan aku cakap dengan aku,dia sebenarnya takut ntuk ada apa2 hubungan dengan lelaki lagi,sebab pengalaman lalu.Macam mana dia kecewa dengan insan bergelar lelaki.Macam kata Yuna,
"Lelaki......Tak Guna...."

Tapi,bila dia tengok balik kesungguhan dan keikhlasan hati mamat tadi,dia mula buka hati dia untuk terima lelaki tu.Serius,dia orang memang well together.

Bila kawan aku bahagia,aku pun bahagia...(senyum)

kawan 2: ni cerita dia macam ada konflik sikit.Weh,kalau bab2 perasaan tak ada part triller macam ni,mana syok ,kan?

Dia pun baik,dan dia memang dah ada scandal.Scandal dia kawan aku juga.Selalu sangat dikenenkan,akhirnya melekat.Masing2 suka satu sama lain,tapi prinsip diri mereka yang menahan mereka daripada hubungan yang lebih serius. Si perempuan kata,

"Aku nak belajar dulu sampai ada Ijazah.Lepas dah kerja ,hidup dah stabil,baru fikir pasal benda2 ni."
Si lelaki...
"Selagi aku tak mampu nak sara hidup sendiri,hidup parent .Aku tak bercadang nak ada makwe bagai."

Kepala mereka ni memang sepesen dengan aku.Dan aku anggap mereka agak matang dalam mengatur kehidupan.Ya...Kami ni result SPM pun belum keluar lagi...

Tapi,as I said before...mereka memang padan,scandal kelas kan...

Malangnya,dalam bahagia melayan perasaan,ada pula makhluk yang nak cuba menganggu hubungan dia orang.

Kawan perempuan aku ni berkenalan dengan seorang mamat yang satu kumpulan dengan dia.Ingat minggu usahawan haritu?Waktu tulah..! Bukan berkenalan apa pun...just tahu nama sikit2 je.
Tapi,si lelaki ni dah terpikat dengan gaya kawan aku tadi,dia mula buka salam perkenalan.

Mamat tu minta no.fon kawan aku.Tapi,kawan aku ni tak bagi...dia tolak cara baik.

Tak puas hati,mamat tu hantar wakil pula suruh usyar kawan aku tadi.Dia tension.

Si scandal dia dapat tahu,walaupun dia buat muka macam'aku-tak-kisah-langsung'tapi,dalam hati dia mungkin tengah terbakar kot!Yelah...ada orang nak rampas scandal aku!

si perempuan ni pula,daripada perkiraan aku,jenis yang agak straight.Dia tak faham bahasa hiperbola.Jadi,dia tak tahu macam mana nak menghadap benda ni.

Pakal dapat scandal matang.Kita orang nasihat kawan aku baik2.kau kalau tak minat,jangan pernah layan.Takut dianggap sombong?Tak de maknenya...

Daripada,mamat tu nanti mengharap lebih karang...kan ke haru...

Aku siap back up scandal kawan aku lagi,

"weh,mat ni masa aku offer no kau dia tak nak pun.Katanya,dia nak minta daripada kau sendiri.Itu ,baru gentleman..."Statement aku disokong ramai pihak.

Lepas bukan main panjang kita orang bercerita pasal relationship,kawan,scandal bagai.Kita orang pindah topik lain.Tak nak makin susahkan hati minah tu,(dan juga scandal dia)

Kesimpulan daripada tinta aku hari ini,relationship is complecated.Indeed.Untuk itu,kita kena pandai mengawal dan mengatur.Supaya ia tak jadi beban buat kita.

Aku memang tak pernah ada bf bagai,tapi based on my observation,tambah juga dengan pengalaman aku yang boleh tahn banyak dan sakit pasal hubungan bagai,bolehlah kot kalau aku jadi Dr.Cinta...

Boleh ke...

Selepas habis sekolah,aku tanam azam jangan mudah untuk suka seseorang.Sebab syok sendiri ni sakit.Lagi sakit,kalau orang tu bukan takat tak layan malah tak hadap pun dengan kita.Itu,kenangan aku.Yang aku jadikan panduan,sekarang.

Tapi,bila aku cakap quote yang kat atas tu dengan kawan2,(aku suka bila tengok kawan aku bahagia...)ada seorang kawan aku mencelah,

"kau,bila lagi nak bahagia?"Hehehe...

Kita fokus bina hidup dulu eh,Mar...(tepuk hati sendiri)

till then,
secret unfold...

pemergianmu amat tak dduga,sahabat...

MACAM TAK PERCAYA...

semua berlaku dengan pantas sekali....

waktu aku tengah menjawab exam petang tadi...tiba2 aku terdengar nada dering fon aku berbunyi.
Mula-mula,aku macam tak dengar...tapi,fon aku berbunyi lagi.

Kali ni ,aku angkat.

"Hello,assalamualaikum..."
"Waaalaikumussalam..long...adik cakap ni jangan sedih tau..."kata adik aku dengar suara gusar.
"Kenapa ni?"Kerutan mula muncul di dahi aku.
"Kawan long meninggal tadi...mak kawan adik datang ambil dia di asrama..."
Aku terjerit,air mata dah mula turun daripada tubir mata..

"Kau biar betul ni..."Air mata makin deras mengalir,tanpa aku sedari,esakan aku tu dah menarik perhatian budak-budak kursus yang lain.Masing-masing dah pakat kerumun aku.

"kenapa ni,mar?"Soal seorang kawan aku sambil mengusap belakang aku,cuba menyabarkan aku.

Mereka semua aku tak hiraukan,aku sambung perbualan aku dengan adik aku.

"Terima kasih sebab bagi tahu."Talian dimatikan ementara aku masih tersedu-sedu lagi.

"Mar..cuba cerita apa yang dah jadi?"
"kawan baik aku meninggal...."makin deras air mata ni jatuh.Setitik,setitik...

"Innalillah...Dia sakit ape?"
"tak tahu,dia tak pernah bagi tahu dia sakit ape dengan kawan-kawan dia."

Seorang akak kursus mencelah,"Nah,jangan nangis.Ambil tisu ni..
Bukan setakat tisu yang dihulur,sapu tangan pun dia bagi.
Kawan aku yang lain tanya akak tu,"Kak,ni tisu dengan sapu tangan siapa?"

Entah...akak main ambil je.

Part ni berjaya buat aku gelak...sabo jelah...

Dalam still cam caya tak caya tu,aku terfikir sesuatu...
Mar!contact kawan2 kau yang lain!
Malangnya,aku still belajar. tak ade topup memang isu cliche buatgolongan aku.
'pergi beli topup kat kriss ja lah' otakku berfikir.

selepas beli topup dan tel kawan2 aku,aku terfikir pulak,biar betul apeyang aku dengar ni.
Aku telefon mak arwah pula...

Yang menshahdukan aku,dia letak nickname barat aku yang popular kat sekolah as my contact name.
MARY ANNE

mak dia,mula2 calm je,lepas aku tanya..
"Cik..betul ke apa yang saya dengar,arwah meninggal?
Sebak."Betullah tu..."

Aku ambil keputusan ,balik awal nak pergi menziarah dia.Walaupun aku kurang pasti alamat rumah dia (sebab aku ni duduk hostel...)

Call parent minta tolong dia orang datang ambil,dan bawa aku ke rumah arwah.

Sepanjang perjalanan,aku keep calling my friends,because I'm not so sure about her house.Malangnya,masing2 tak berangkat.Sampai satu tahap,aku cakap dengan mak abah aku..

"Fon dia orang ni,baling masuk lombong jelah! Orang telefon tak angkat!"

Lebih haru,sebab dah fade up dengan kawan-kawan perempuan aku,aku call pula seorang kawan lelaki aku.Yang memang tak pernah dihubungi langsung.Nasib kau pilih budak ni,mar. Daripada seorang lagi tu...
Yang tu,memang sah aku dah tak betul...

Tanya dia alamat rumah arwah.Dia pun tak tahu.HUHU

aku bukan tak tahu langsung rumah dia,cuma rumah dia banyak lorong,takut salah masuk kang....

ya..salah masuk lorong.Pusing2 aku kat area tu,sekali lorong yang lagi satu da....

Turun daripada kereta,aku terus berjalan laju kearah rumah arwah,tanya dulu pak cik yang berkumpul kat depan rumah tu.

"Betul ke ni rumah arwah...?"
"Betullah tu..."

Setibanya aku dalam rumah,aku lihat arwah sedang terbaring ditengah rumah,sambil bacaan tahlil mengiringi pemergiannya.

Ramai kawan2 yang aku jumpa,selepas hampir beberapa bulan tak bertemu.Cikgu2 sekolah pun ramai juga yang datang .

Masa nak dikapankan,ada seorang mak cik ni offer kawan2 dia supaya tolong uruskan dia.Aku dan 2 lagi kawan aku,volunteer. Sekali fon bunyi pula,lagu dah lah...HUHU

Kawan kau yang lain tel.Dia pun macam tak percaya dengan apa yang dikhabarkan.Dia tak dapat datang sebab kerja.Tak pelah kan...

Selesai dikapankan,aku berpeluang mencium dia,buat kali terakhir...

Berseri-seri muka kau,beb.Sekali tengok kau macam tidur...

Sebelum tu,tengah aku berdiri nak ambil giliran nak cium dia,kawan aku yang lain datang peluk daripada belakang dan sembam mukanya di bahu aku.First time aku tengk dia menangis...

"beb,kau janganlah nangis...nanti aku pun nangis gak..."Padahal air mata memang dah brjurai ni...

Aku,kira bertuah sebab dapat tengok dan cium dia.Kawan -kawan aku yang lain ada yang tak dapat nak tengok langsung.

Kemudian,masing-masing ambil tempat intuk sembahyang jenazah.

Aku pula,mencari -cari mak abah aku.Sekali,aku terpandang seseorang yang pernah buat tanda dalam hati aku.Dia diri kat belakang abah aku je pun...

Malangnya,dia nak pandang aku pun tak hadap.AKU PUN TAK KISAH PASAL KAU LANGSUNG!
lagipun,kau tu cuma sejarah aku je.

Lupa nakbagi tahu,aku datang melawat dengan baju kursus aku,mungkin sebab tu dia orang pandang aku tak berkelip.ENTAH...

Baliklah....aku pun minta izin dengan kawan-kawan aku yang lain.Lagipun aku ni gak jauh daripada rumah arwah.Lalu depan dia,dalam kereta,aku perasan yang dia menjeling aku.BIARLaH>>

Semoga kawan aku tu ditempatkan bersama dengan orang yang soleh.Amin...Kenangan dengan kau tak akan aku lupakan,sampai bila2.Sentiasa...

till then,
secret unfold...



ADA APA DENGAN JAWATAN?

Hari ni ,saya nak berkongsi pendapat saya mengenai jawatan dan tanggungjawab yang disandang bersama dengan jawatan tu.

Baru-baru ni,tempat kursus saya ada buat pemilihan jawatan bagi mengisi kekosongan  bahagian sukan .Budak yang pegang jawatan tu telah keluar daripada kursus sebab dapat sambung pelajaran di IPTA.
Tahniah....

    Bincang punya bincang punya bincang,seorang budak daripada kursus aku dipilih memegang jawatan tersebut. Daripada pandangan saya,budak tu memang sesuaiiiiiii,(bak kata kak engku) sebab nampaklah aura kepimpinan dia tu.

   Berbalik kepada fokus sebenar,(itu cuma intro je)

   Semua orang memang suka bila pegang jawatan.(betul tak?) Hah! Ada yang tak suka,tipulah....
Mungkin luar nampak tidak tapi dalam hati siapa yang tahu,bukan?

Kenapa kita suka bila dapat pegang  sesuatu jawatan?

KUASA! KITA ADA KUASA UNTUK BUAT,ATAU ARAH SESEORANG UNTUK MELAKUKAN SESUATU BUAT KITA...

contohnyalah...

katakan anda hanya budak pejabat biasa...
"Kak Milah,nanti bagi fail tu pada bos ya..."
"Eh kau ni! Ada ke patut nak mengarah aku pula? Kerja kau,kaulah yang buat..."

tapi,jika anda ada kuasa sebagai bos...
"Milah,jangan lupa apa yang saya suruh tadi..."
"Menurut perintah ,bos.."

Erm..bestnya kan... tapi ingat,beb...

jawatan ni memang seronok dipegang,tapi.....

setiap jawatan tu ada tanggungjawab,dan setiap tanggungjawab akan disoal di akhirat kelak...

Itu paling utama.

pegang jawatan melatih anda untuk jadi seorang yang berkepimpinan tinggi,yakin dan positif selain mampu menghadapi segala cabaran.Perkara tersebut dapat dipelajari melalui pengalaman.

Macam takut pula nak pegang jawatan...huhu

till then,
secret unfold.






penat layan perasaan...

Hari aku,macam biasa,berlalu dengan cerianya....pada awalnyalah....

Masuk pukul 10 pagi,erm...ada hal jadi,tapi ia tak berkaitan secara langsunglh dengan aku. Hai...krisis dengan budak2 stu kursus.Bolh pk ada pemantau daripada Kuala Lumpur datang untuk mmantau tempat aku beljar sekarang ni.Jadi,kami kena 'berlakon' baik hari ni.Hehe...

Nak dijadikan cerita,adalah dalam 10 orang budak kls aku dipanggil oleh mereka untuk mennayakan beberapa soalan. Banyak pasal prestasi guru2 yang mengajar lah...

Masalah berlku apabila budak lelaki yang pergi tadi tu adalah kumpulan budak yang sering tak berada dalam kelas.Jadi mereka tak tahu sangatlah pasal kelas.Mereka,bagi komen yang agak menyimpang daripada kebenaran...HUhu...

Dan kumpulan perempuan pula menyanggah perkara yang dibangkitkan tadi.Serius! Cikgu ajar memang ok je...Lagipun,kau sekarang bukan budak sekolah lagi yang hanya mengharapkan cikgu untuk 'menyuap ' segala ilmu.weh!ini kursuslah...Kita punya pembelajaran dah serupa uni.

End of the story,crita tadi berakhir dengan dak kleas bagi satu surat yang menolak segala yang didakwa oleh pihak satu lagi.(seperti yang diminta oleh pemantau tadi)

Yang ni,berkaitan dengan aku...

sedih dengan seorang kawan aku ni.Agk sentap dengan ayat dia.Mungkin dia tak sedar yang ayat dia dah melukakan hati aku,dan mengaggap aku ni cam tak de perasaan.Mungkin juga dia ingat ayat dia aku anggap sebagai gurauan.

Malangnya,ayat dia betul2 mencabar hati dan perasaan aku sebagai wanita. Wa sngat sentap dengan lu!

Habis satu kelas aku meroyan(hu...)
Dan bersyukur  sebab ada ramai kawan2 yang back up aku.
Lelaki,kalau gurau memang kasar,kan...

Ya...masa beratur sebelum balik,aku perasan dia pandang aku yang beratur selang satu baris di belakang dia.Dengan muka yang bercampur baur...antara muka baru bangun tidur(cam mamai gitu) dengan muka minta maaf dan muka serba salah.

Walaupun aku perasan riak wajah shahdu dia,tapi still I'm still mad of you! Tak pandang muka dia langsung plus wat muka tak ada perasaan aku.Yang tak tahannya,kawan2 dia siap wat muka 'mar-kita-orang-minta-maaf-bagi-pihak -dia'dengan aku.

Dan,tadi,kawan aku telefon aku :

"Mar,ko still marah dia lagi ke?"soalnya dengan nada cuak.
"entahlah...kenapa kau call aku ni?" Susah nak jelaskan sama ada aku dah sejuk atau belum.
"Dia mesej aku tadi, dia minta tolong dengan aku supaya call kau ,cakap dengan kau yang dia minta maaf sangat2.Dia tak sengaja." Ucap kawan aku lagi...
Aku senyum,terharu..."Tengoklah macam mana..."Saja nak merajuk sikit.
"Kau sentap sangat ke dengan ayat dia?"Kawan aku tanya lagi...
"Aku sendiri taktahu macam mana nak cakap,apa2 pun thanks for calling."

Aku waktu sekolah,jaranglah kalau nak berbual bagai dengan lelaki. Bila msuk kursus,aku jumpa dengan kawan lelaki yang jenis mesra -alam-peramah -tahap luar kotak dengan perempuan.Which is senang nak masuk dengan perangai gila2 aku.

Bila kawan lelaki tadi tu buat aku macam ni.Aku susah nak terima.Ni kali pertama aku merajuk dengan seorang kawan lelaki.Tahniah sebab jadi yang pertama ya!

Waktu marah menguasai diri tu,aku cuba untuk muhasabah dri.Istigfar,zikir dan tukar posisi daripada berdiri kepada duduk.
Aku juga remind balik dengan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah."
Hadis yang aku pegang daripada sekolah,memandangkan aku ni senang nak marah.

Cuba untuk jadi yang terbaik,berubah kearah kebaikan Dengan mengamalkan semua yang diperintahkan Allah dan sunah Rasulluah.

Tak cukup dengan tu,aku balik naik kereta abah harini.Memandangkan bas dah bergerak lebih awal daripada aku.Masa tunggu bas tu,ada seorang wanita cina ni datang berdiri depan aku dan mula hendak berbual dengan aku.Mula2 aku layan lah mana perlu,selebhnya,aku hanya senym sebab entah-apa-apa-entah yang wanita tadi ceritakan.Berkaitan politik plk tu.Kawan2 aku yang duduk di belakang aku dah ketawa,kelakar tengok aku layan wanita tadi.Fade up,aku cakap dengan wanita tadi yng abah aku dah sampai.

Haru.....

Apa2 apa pun, harap kepada pembaca tinta aku supaya tak bosan dengan kehidupan anda.Masalah,konflik dan permainan emosi memang lumrah manusia,right?

And,I'm also hopping that you guys wonn't be bore to follow my blog.Blog biasa2 je...tak ada yang istimewa,Trima kasih...

Till then,
secret unfold...

p/s: aku doa supaya kawan2 aku tak tahu dan tak follow blog ni.Biar semua yang jadi tertulis dalam ni,rahsia kita je tau.Shuih....


minggu usahawan

TODAY IS ONE OF MY BEST DAY!!!!!

Amboih!semangat!Ni citernya...

Tempat aku belajar sekarang nia ada buat minggu usahawan.Apa yang aku kena hadap?
 Aku serta kawan2 aku yang lain dibahagikan mengikut kumpulan .Ada 7 kumpulan semuanya,Campur lah aku dengan budak2 kursus yang lain.Tapi,bukan bermakna aku tak pernah bercampur dengan budak kursus lain...Tidak...

Dah menyimpang pula!Back to story,
nak dijadikn cerita,aku dapat kumpulan pertama,okey....Not too bad sebab ahli2 kumpulan tu kira best dan easygoing gak lah...senang nk berkerjasama kiranya.(walaupun aku agak sedih sebab tidak berjaya satu kumpulan dengan crush...huhu)

Tugasan kami,teng,teng,teng!!!! Kami disuruh buat perniagaan (olok2 je tapi) sebarang syarikat yang menggunakan botol sebagai bahan utamanya!Amacam,bunyi macam aku tengah dengar Aaron Aziz cakap tugasan dalam Fear Factor pulak!

Perbentangan pertama,hari selasa lepas,kami diminta untuk terangkan  profil syarikat.syarikat aku bernama Energetic Bubble Sdn.Bhd ,sebuah syarikat yang menjual produk sabun pencuci cecair 3 dalm1.Boleh juga digunakan sebagai peangi almari atau kereta serata pewangi rumah.Huh! Function dia....;)


buatlh pembentangan depan budak2 ni...ya,mesti kita akan rasa bosan sebab hanya mendengar orang membaca prospek tugas kan.Hah,itulh yang aku perhatikan masa tengah berdiri kat depan manusia lain,haru.ada yang dah menyangap enth berapa kali ,tu ramai...

Sebagai seorang pengurus,yang pastinya ada tanggungjawab yang besar dalam urusan syarikat ol2 tadi,aku agak kecewa dengan penerimaan budak2 lain.(yang jadi penonton tadi tu)Tup2,bila petang,aku dapat perkhabaran yang cikgu tak puas hati dengan semua presentation ! Jawabnya,kena buat presentation lagi,kali ni,dpan cikgu2 yang tercinta.

Alhamdulillah,berkat aku ni memamg suka bercakap depan kelas timesekolah dulu,dapatlah aku terangkan pada mereka tentang skop tugas aku,pengurus.Malangnya,tak cukup dngan tu,kami semua kena bentang pasal produk jualan pulak...

nampak tak kesibukan dia!HUH!tapi,seperti yang aku maklumkan adi,dak2 kumpulanaku senang nak diatur.Jadi,aku bahagikan tugas kepada mereka,baru adil kan...

hari ni,kami kena bentang pasal produk pula.seblum tu,cikgu cakap yang nama syarikat yang tak dipanggil keluar dulu daripada bilik kuliah.Kami dah siap2 nak bangun ni,sekali cikgu sebut:
"syarikat energetic bubble sdn.bhd. sila bersedia..."
automatik aku tergelak,bkn sebab apa,kelakar pula sebab kami memng dah ready tahap gaban nak keluar,rupanya kmpln kami lah yang kena bentang dulu.

Bring IT ON,Baby!Face the challenge!

Selaku pengurus,aku kenalah promote produk sabun tadi kepada 2 orang cikgu,yang ol2 macam ejen yang brminat nak membeli produk aku.

aku pun ceritalah apa yng patut,berapa hrga dia,kegunaan dia,ciri2 istimewa dia,dan pelbagai lagi.Tapiaku memilih untuk buat promosi secara spontan,sbab itu ikhlas dari hati.Tambahan pula,aku pernah tolong kawan aku berniaga daripada satu dorm ke satu dorm,bilik prep,ke bilik prep time sekolah dulu.(aku ni duduk hotel dulu)Ada lah pengalman berniaga dan promote brg skit,,,

Yang bestnya,ada seorang ckgu laki ni,ya...admin it yang dia memang hensem...sayang dia bukan spesies yang mudah semyum,ketawa,etc.Weh,bila aku terangkan,dia senyum sampai ke tlinga!!!!Ni yang buat aku cam terbang ke awan biru ni.Perasan!dah siap bentang,ditanya bagai,kitaorang boleh keluar daripada bilik tu untuk bagi laluan pada grup lain pula.

Pendekkan cerita,dah panjang sangat aku bebel ni.

ada budak grup aku yang tak yakin grup aku boleh dapat nombor.Aku hanya diam,ada rezeki,adalah....
selepas sedikit kata aluan,acara pemberian hadiah dimulakan..

(bagi bunyi dram sikit)

"tempat ketiga,jatuh kepada syarikat smart idea sdn.bhd..."(syarikat ni jual produk kitar smula,bygkn daripada botol air tu boleh jadi akuarium mini pulak,diaorang memang kreatif)

selepas pengurus syarikat tadi ambil hadiah,bergambar bagai,cikgu umumkam pula tempat kedua.

"tempat kedua puladisandang oleh syarikat energetic bubble sdn.bhd..."
HAh!biar betul! adakah benar apa yang aku dengr barusan?Dalam ketidaksedaran,aku melangkah kedepan yang jaraknya tak sampai beberapa cm pun,(sebab aku duduk depan dengan teamaku)

Hehe,senyum sampai ketelinga aku,alhamdulillah tugas seesai dengan jayanya,,,

tempat pertama pula,disandang oleh syarikat De Aurora sdn.bhd.syarikat prduk kesihatan.

Walaupun tak dapat tempat pertama,tempat kedua pun not bad ,right?
pengalaman ,tu yang paling utama...

bkn senang nak buat orang ikut cakap kita,bukan mudah nak melotarkan idea,bukan kecil tugas sebagai pengurus ni.But,I've face the challenge!Yeah!!!1

Itu jelah tinta kau untuk kali ni,sorry sebab panjang sangat.Mesti semput nak baca kan.Bagi kita,kepada yang sudi nak membaca ni memang terbaik,sebab sanggup melayan rasa hati mar.Terima kasih...;)

till then,
secret unfold.







p/s gambar akhir tu tak ada kaitan dengan cerita,salah upload..he..






ini saya ,mar...

ASSALAMUALAIKUM......

huhu,macam tak percaya yang aku sekarang dah ada satu blog,atau much says as my personal diary online.
 Hah,tepuk sikit....(clap2).

kiranya,bila aku dah ada blog ni,aku dah tunaikan satu hajat selepas habis sekolah aku lah.Buat satu blog.
Ye,mar!Tahniah sekali lagi...(clap2)

Apa akan aku buat dengan blog ni...

hurm...let me see....
banyak sebenarnya yang boleh aku buat guna benda ni.HAHAHA (evil laugh)

luahan hati dan dedikasi,ok...
kongsi pendapat dan buah fikiran,boleh tahan...
cari pakwe,ini cam over pulak!tapi,boleh jugak...
tunaikan cita2 kau sebagai novelis,definitely!

so,kepada sesiapa yang follow blog aku yang sederhana ni..(ayat merendah diri) terima kasih daun keladi,kalau rasa gatal pergi mandi.
huhu,
ok,serius!trima kasihlah sebab sudi baca tinta hati sang mar ni.ecece!!!

pastinya,korang tak kan rasa kecewa bila hadap tinta aku,sebab aku akan pastikan hanya yang menark dan POP GITU! yang akan ada dalam tinta ni.

benda ni yang paling penting dalam entri pertama aku ni,
to my friend's sister,kak marliyana (cam ada ikatan kimia pulak kita ni kan kak,nama pakat nak mar depan)
terima kasih sebab bersusah paah buatkan blog ni.
Terus terang,kita bukan pro and techi-savvy sangat .HEHE
:)

panjang pulak tinta aku ni,better stop now.Kalau ada apa2 yang menarik berlaku dalam hari2 aku,pasti aku kongsikan dengan pengikut aku.cheh,cam mandat besar ada pengikut bagai.

till then,
secret unfold...