Tabung Kawen

Cabaran Baharu Bermula Mar...

Assalamualaikum semua...

      Huih...fuh kanan,fuh kiri sekejap. Apasal berdebu sangat blog aku ni...dah ala-ala lagu suci dalam debu dah gaya dia...Kesian blog ni,aku jarang update. Tapi,lagi kesian kepada follower aku (cheh...ayat macam kau ni popular sangat,Mar) mesti bosan bila melayan blog aku ni kan? Minta maaaflah...dalam seminggu dua ni aku agak sibuk..(sibuk semedang je kau ni ,Mar! Mengalahkan pak menteri lagaknya) Harap,kalian masih sudi meluangkan masa membaca segala coretan aku di ruangan ini.

     Dalam beberapa hari ini,telefon Y aku asyik bingit dan sibuk dengan panggilan telefon dan sms daripada pihak dana .Mereka mempromosikan tawaran daripada kolej swasta.Ya...tawaran memang hebat dan menarik...Sayangnya,bila mereka bertanyakan keputusan aku yang lepas...

     Mereka jadi pening kepala!!!KENAPA???Macam ni kisahnya...

     Aku sangat-sangat ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang fisioterapi...Namun,dalam peperiksaan yang lepas,keputusan untuk subjek sains tulen aku banyak yang sangkut. Jadi,secara literalnya...aku agak tidak layak untuk memilih bidang tersebut.( sapu hingus dengan tisu) .Jadi,mereka tanya aku apa bidang lain yang aku minat...

    Aku pun menjawab,
    "Komunikasi Media...Teknologi maklumat...Komputer..."kataku sepatah-sepatah

    "Tak minat akaun?Bisness Administration?"

    "Kurang...saya ni bukan minat subjek mengira sangat...sebab tu result subjek math saya kureng..."Hehe...

    Namun,untuk tidak menghampakan aku,pihak itu tetap cuba untuk mencari satu kolej swasta yang sesuai dengan keputusan aku untuk bidang fisio...

   Tapi,mengharukan apabila keputusan aku tu jadi bahan debat dan perbincangan dalam pejabat.
(aku dengarkan jerk dari telefon)

   "Pening erh bang dengan result saya?"
   "Boleh tahanlah..."

    Bila difkirkan semula,dalam hidup kita yang singkat ini,kita tak mungkin akan dapat semua yang dihajati...
Sebagai contoh.
Aku dulu nak sangat-sangat masuk PLKN.Malangnya ,nama aku tak tersenarai...
Aku sedih...agak kecewa..dan timbul rasa jealous dengan kawan-kawan yang nama mereka tersangkut.(walaupun,pada hakikatnya...mereka memang tak mahu pun tersenarai !)

    Dan...pada mulanya.Aku bercadang untuk menimba pengalaman bekerja apabila tamat persekolahan.Tapi,rezeki aku dah tertulis yang aku akan menyambung pengajianku dalam kursus singkat selama 6 bulan.Beb...aku tak nak sebenarnya...

   Tapi,itulah hidup,Mar.Benda yang kau nak tak dapat,yang kau tak nak,dapat pula...

    Sesungguhnya,Allah kan dah pesan dengan hamba-hambanya...

    "Barangkali,bagi kamu sesuatu yang baik...tapi ia sebenarnya buruk untukmu...dan Barangkali,bagi kamu sesuatu yang buruk...tapi ia sebenarnya baik untukmu..."

   Hikmah dan fikir secara positif.That's the best way to solve it!

   Berbalik kepada kes aku tadi.Apa-apa pun,aku belum tahu pengakhiran cerita aku ini.Samada,hasrat aku untuk fisio tu tercapai atau aku mungkin ke bidang yang lain.Tapi,aku percaya dengan sesuatu...dan seharusnya semua umat Islam percaya dengan perkara ini.

    "Memang takdir kita sudah ditentukan oleh Allah sedari dalam rahim ibu lagi.Tapi,takdir itu boleh diubah dengan Doa.Sentiasa berdoa dan berharap serta usahakan...InsyaAllah..."

  Jadi,sampai sini jelah tinta aku kali ni...bila-bila free aku tulis lagi..terima kasih sebab sudi melayan...
OH!BTW,doakan semoga impian dan doa aku makbul,ok? Jika ,memang bukan jalan aku untuk sambung belajar dalam bidang fisio,semoga aku dapat sambung komputer .Alang-alang dah belajardi kursus,baik aku sambung terus,ye dok?!

 Till then,secret unfold...
Rabu,9/4/14


   



 



kenangan MPR 2

Assalamualaikum...

huhu...aku minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak menulis tinta terbaharu...Minggu ni aku agak sibuk dengan urusan permohonan ke Universiti.Jadi,bila online tu...aku banyak habiskan masa dekat portal uni macam Selangkah UiTM,uniKL dan uniSZA.

Hah!

Ingat lagi tak yang aku nak menyambung penceritaan aku tentang pengalaman ketika di Cherating,MPR 2014? Ni, janji dikotakan...

Hari kedua disitu,ceramah sudah bermula...Aktiviti aku mulakan dengan sarapan pagi .Dan...disitu aku menemui sesuatu...aku temukan cinta...pandang pertama pula tu...

Aku sangat tertarik hati dengan mesin pembakar roti yang ada di cafe resort! Bagi aku mesin tu sangat awesome!Wait....jangan cakap yang aku ni jakun dengan toaster.Bukan...selalunya...mesin pembakar roti yang aku jumpa adalah dalam bentuk seperti yang boleh melompat keluar bila dah siap dibakar atauyang dikepit rotinya tu.Ini...roti tu akan diletakkan didalam mesin tersebut dan secara perlahan-lahan,roti tadi akan dibawa melalui pembakar yang berada di bawah jaring. Bila siap,roti akan mengelongsor jatuh ke bahagian plate bawah.

Enough cerita pasal mesin toaster...

Ceramah hari pertama dimulai dengan sesi mengenai penulisan novel oleh pembimbing Kak Salina Ibrahim.Korang kenal Kak Salina Ibrahim? Hah...beliau ialah penulis noveldan cerpen.Banyak mendapat anugerah dalam bidang sastera dan pencapaian terbaharu,beliau dianugerahkan dengan gelaran munsyi dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dalam sesi selama 4 jam tu,aku timba banyak kaedah dan carabagi menulis novel yang menarik. Betul,menulis ni bukan sesuatu pekerjaan yang boleh dipandang mudah.Ia memerlukan teknik dan gaya bagi menarik pembaca menelusuri cerita yang kita sampaikan.

Break sekejap.Dekat MPR ni,aku banyak kena makan tau!Habis satu sesi,ada kudapan.Tapi,dah rezeki orang hidang,kita makan jelah...Buat apa nak menolak rezeki...

Sesi kedua masih dengan Kak Salina Ibrahim,tapi dalam ceramah menulis cerpen pula.Terus terang,aku masih dalam proses menulis novel,(yang sebenarnya...dah lama aku tak perbaharui) dan cerpen,adalah medan permulaan aku dalam bidang penulisan.(Walau pada hakikatnya,aku hanya menulis di majalah sekolah)Namun,dengan cerpenlah,aku berjaya menjadi peserta MPR.Alhamdulillah...

Malam...
sesi puisi bersama Encik Rahimidin Zahari...Penulis puisi negara.Malangnya,waktu dalam sesi ni lah aku banyak terlelap.HEhe...
Pada akhir sesi tersebut,pengetua MPR telah menyampaikan sesuatu .
"Siapkan 2 cerpen dan 6 puisi dalam minggu ini."Otak dah mula berkira-kira untuk menulis cerpen tentang apa.Cabaran baharu...

oklah!Mesti penatkan baca kisah aku ni.Kita stop dahulu.Bila-bila masa,sambung balik...banyak kenangan yang aku kutip sepanjang berada di kursus tu.Harap korang sudi meluangkan masa untuk melayan tinta aku.

Buat 2 orang follower terbaharu aku,terima kasih kerana sudi mengikuti blogku yang serba kekurangan ini.Jangan serik,erh...

till then,
secret unfold,
4/4/14.jumaat