Tabung Kawen

ASSALAMUALAIKUM IPOH!

 Assalamualaikum semua,

Ya,dah genap dua minggu aku berada di negeri Perak. Nak lagi detail, dekat Ipoh. Alhamdulillah,rezeki aku dah ditetapkan oleh Allah untuk menyambung pelajaran jauh daripada negeri asal aku di selatan Malaysia. Apa salahnya pun,mencari pengalaman dan erti kedewasaan di tempat baharu. Selagi masih bernafas dan selagi diberi peluang,carilah pengalaman sebanyak mungkin. Pengalaman itu nanti yang akan membantu kita bagi menjalani kehidupan selepas itu. Insyaallah...

Ok, buat masa  ini semua ok.Aku dah ada seorang kawan yang boleh dikira macam belangkas jugalah. Budak pertama yang menegur aku semasa hari pendaftaran dahulu. Waktu tu aku duduk di sebelahnya sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan. Yang tak menahan tu, minah ni satu kursus dengan aku dan dia jugalah roommate aku. Salam perkenalan buat kau.Cheh...

Ni,aku nak masuk mod perbincangan pula. Seperti kelaziman,atau mungkin sudah menjadi trend semasa bila bilangan mahasiswa di universiti kurang berbanding mahasisiwi. Universiti aku pun tak terkecuali. Pelajar lelaki yang mendaftar sikit betul berbanding perempuan. Dan seperti yang aku dan kawan-kawan kelas aku pernah bualkan dahulu.

" Memang idokle kalau kau terfikir nak cari pasangan dekat sini..."

Keseluruhannya, dalam kursus aku ada 88 orang pelajar.Dan dalam 88 orang itu, bilangan lelaki cuma 10. Redha jolah...Dahlah pengambilan pelajar kursus aku yang paling ramai kali ini. Dan,pastinya, masalah aku disini ialah, nak mengingat nama budak-budak ni. Kenal,bual lepas tu lupa nama balik. Itu dah kira biasa. Baru lagi pun, ada 3 tahun lagi untuk kau nak menghafal nama seorang-seorang,ok! * senyum

Oh, lupa nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Dah ada yang lompong ke? Hehe... kalau lompong beralasan tu tak pelah,ini kalau lompong sengaja dibuat alasannya . Janganlah...Bulan ramadan bulan barakah,bulan nilah kita pakat pulun buat amalan. Setahun sekali je. Tak rugi punya.

He...sebagai anak perantauan ,aku dah settle beli tiket balik raya. Sehari sebelum puasa lagi aku dah beli. Hei..jangan kata aku tak sabar nak raya ok?! Ini Ipohlah, lambat beli tiket habis. Dan memang banyak yang dah sold out pun. Johor,kau tunggu aku tiba raya nanti,Insyaallah...

Sampai sini dululah ya. Ada masa aku bertinta lagi.
Till then,secret unfold.
5-7,sabtu