Tabung Kawen

KEMBALI BERAKSI...HEH! (bila gloomy menguasai)


APA YANG JADI HARI ESOK,ITU ESOK BARU TAHU
Assalamualaikum!!! 2x (efek gema konon)

Lama tak nampak aku kan? Maaflah,si pemilik blog ni pergi bertapa di gua. Gua mana? Usah ditanya. Yelah tu Mar,gua lah sangat. Dah hampir beberapa bulan sejak kali terakhir aku jejakkan
kaki ni ke ruangan peribadi aku disini. Apalah aku ni, kasihan tahu ...

Dalam beberapa bulan ni jugalah ,banyak perkara yang berlaku pada aku. Hidup aku tenang saja. Alhamdulillah. Dan,jujur cakap, memang akan ada hari-hari tertentu di mana kita akan rasa mood tiba-tiba down dan muka pun mulalah nak tunjuk imej sedih pada dunia. Post caption di Ig,update moment di Wechat, tulis status di FB dan tweet di Twitter masing-masing nak kena letak hashtag #harimoody #akusedih # Jiwakosong.

Jujur cakap,aku serupa je..Walau tak adalah sampai ketahap nak letak gambar sedang menangis sambil peluk bantal busuk dalam Ig. Heh.

Sebenarnya, biasalah dah kita ni manusia. Pasti ada perasaan yang menghiasi jiwa,right? Dan segala emosi yang turun naik tu,segala sedih ,gembira .riang ,tawa tu umpama warna yang mencorakkan kanvas kehidupan kita. Tak seronoklah kalau hidup asyik bahagia tanpa sesekali muncul awan kelam yang bawa ribut kan.

Awan kelam yang bawa ribut tu mungkin hanya sekadar mencuit tangkai hati kita, tapi,ia juga kadang kala boleh membadai hari kita sampai kita sendiri boleh jatuh terduduk dan terfikir bahawa tiada lagi hari esok buat kita. Ya,segalanya mungkin.

But, to think it in a different view,another perspective. Awan kelam yang bawa ribut tu sebenarnya tanda sayang dan kasihnya Allah pada hambanya. Tanda yang Dia sedang menguji kita . Jangan anggap ujian yang diterima sebagai hukuman,tidak! Ujian tu sebenarnya membawa hikmah,kebaikan ,manfaat yang kadang kala kita sendiri tak tersangka-sangka.

Percayalah,Ujian diberi buat hambaNya agar hamba-Nya sentiasa mengingati dan bersyukur.

La Tahzan. Inna Allah maa'na.

Insya Allah. Selepas ini,aku akan rajin-rajinkan diri untuk menulis tinta. Berkongsi sisi indah dan kelam,agar jadi ikhtibar dan panduan. Ya...tinta ini pun sebagai motivasi diri supaya aku rajin menulis kembali. Sejak kebelakangan ini, aku semakin malas nak membina kata,membuai rasa melalui coretan tinta. Sehingga,diri ini rindu untuk kembali beraksi dalam medan penulisan.

Dah,penat bertinta,tolong ingatkan aku kalau aku lupa.
till then,secret unfold.
25-10-14
sabtu