Tabung Kawen

MATANG

ASSALAMUALAIKUM,

Jengah-jengah blog sendiri,kesian blog Mar ni. Rasa macam tak dipedulikan oleh tuan sendiri gamaknya. UHUKUHUK!

Sekarang Mar dah sem 2.Sekejapnya masa berlalu kan. Rasa macam semalam Mar update tinta pasal dapat sambung belajar. Tapi,hakikatnya. Inilah hidup. 2 Bulan lagi sebelum anniversarry. Cheh, anniversarry masuk Uni lah. Bukan anniversarry dengan kekasih hati. Chewah!

Tempoh 8 bulan Mar dekat perantauan ni,memang betul-betul mengajar Mar erti matang. Berdikari dengan Mar memang satu perkara yang tak asing,sebab Mar sendiri dah mula hidup sendiri sejak Tingkatan 1 lagi. Cuma,yang istimewanya sekarang,Mar jalani hidup sendiri tu bukan dengan gelaran budak sekolah lagi,tapi sebagai  budak universiti. Ya,umur makin bertambah gamaknya. Ngehehe...

Dapat berkenalan dengan teman-teman baharu, kenal pelbagai jenis ragam baharu, dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Jujur Mar bagitahu, bukan senang. Lagipun, Mar sendiri bukan seorang yang cepat ngam dengan sesiapa. tapi,kalau Mar rasa seseorang tu boleh kamceng, ok je. Tap,tak bermaksud Mar ni sombong tau! Mar cuma mencari yang terbaik, maybe?

Itu, baru pasal kawan. Ni, sebenarnya Mar tengah dalam dilema ni. Tengah sibuk mencari. Cari rumah sewa...Uni Mar cuma sediakan asrama untuk setahun saja. Kiranya,tarikh Mar nak kena tendang dah tak lama. Kena prepare daripada sekarang. Yang jadi biggest problem, rumah pun tak jumpa lagi. Wuarghhhh. Mari bergelandangan bersama.*lap air mata

Haritu, dah contact satu owner rumah ni. Serius, rumah dia memang kira tip-top lah. Fully furnished,sewa pun affordable untuk student, selesa. Senang cerita kira lengkap serba-serbilah. Namun,malang menimpa apabila rumah tu diambil orang lain. HUUUU. Angkara kami tak dapat nak penuhi impian tuan rumah yang nak kami masuk awal. Yalah,kami dah bayar yuran asrama sampai bulan 6,tak kan nak keluar awal kan?

Jadi,redha jelah...Bukan rezeki Mar dengan kawan-kawan nak tinggal dekat situ. Ada hikmahnya,Insyaallah.

Yang pasti,Mar dengan kawan-kawan memang berusaha sehabis mungkin nak dapatkan rumah yang sesuai dengan status pelajar kami. Lagipun,bila masuk sem 3 nanti,Mar dah mula posting. Entah ke manalah Mar akan dihantar ye? Ha...waktu tu kena cari satu lagi rumah untuk disewa. Ayat macam kaya je nak sewa rumah banyak-banyak kan? Ni antara hakikat yang Mar kena tempuh lah.

Sebab tu,Mar kata tentang matang. Semua urusan orang dewasa ni memang sesuai dengan umurlah kan. Macam masa kita kanak-kanak, kita sibuk pikir pukul berapa siri Sailor Moon mula kat TV. Gaduh dengan kawan pasal turn nak main ting-ting. Kumpul duit nak beli jajan. *jajan tu kira makanan ringan kalau orang Johor.Tapi ayat ni dah digunakan secara meluas satu Malaysia pun.

Bila masuk umur remaja, kita sibuk pikir waktu nak pergi latihan sukan sekolah. Gaduh dengan kawan pasal dia rampas crush.*oh...PLEASEEE! Kumpul duit nak beli handphone Ipong. Tapi tu semua masih tak banyak membantu dalam hal masa depan kita kan?

Dan sekarang adalah masanya, sibuk fikir bila nak pergi latihan lesen kereta motor sebab weekdays bz kelas. Gaduh dengan kawan pasal dia-tak-buat-kerja-dia-aku-pulak-kena-tanggung. Kumpul duit nak beli motor/kereta. Dan dalam semua hal ni,ia banyak melibatkan hal masa depan kita.


Pro dan kontra.

Hayat kehidupan .

till then.secret unfold.
 31-3-15