Tabung Kawen

kenangan MPR 2

Assalamualaikum...

huhu...aku minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak menulis tinta terbaharu...Minggu ni aku agak sibuk dengan urusan permohonan ke Universiti.Jadi,bila online tu...aku banyak habiskan masa dekat portal uni macam Selangkah UiTM,uniKL dan uniSZA.

Hah!

Ingat lagi tak yang aku nak menyambung penceritaan aku tentang pengalaman ketika di Cherating,MPR 2014? Ni, janji dikotakan...

Hari kedua disitu,ceramah sudah bermula...Aktiviti aku mulakan dengan sarapan pagi .Dan...disitu aku menemui sesuatu...aku temukan cinta...pandang pertama pula tu...

Aku sangat tertarik hati dengan mesin pembakar roti yang ada di cafe resort! Bagi aku mesin tu sangat awesome!Wait....jangan cakap yang aku ni jakun dengan toaster.Bukan...selalunya...mesin pembakar roti yang aku jumpa adalah dalam bentuk seperti yang boleh melompat keluar bila dah siap dibakar atauyang dikepit rotinya tu.Ini...roti tu akan diletakkan didalam mesin tersebut dan secara perlahan-lahan,roti tadi akan dibawa melalui pembakar yang berada di bawah jaring. Bila siap,roti akan mengelongsor jatuh ke bahagian plate bawah.

Enough cerita pasal mesin toaster...

Ceramah hari pertama dimulai dengan sesi mengenai penulisan novel oleh pembimbing Kak Salina Ibrahim.Korang kenal Kak Salina Ibrahim? Hah...beliau ialah penulis noveldan cerpen.Banyak mendapat anugerah dalam bidang sastera dan pencapaian terbaharu,beliau dianugerahkan dengan gelaran munsyi dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dalam sesi selama 4 jam tu,aku timba banyak kaedah dan carabagi menulis novel yang menarik. Betul,menulis ni bukan sesuatu pekerjaan yang boleh dipandang mudah.Ia memerlukan teknik dan gaya bagi menarik pembaca menelusuri cerita yang kita sampaikan.

Break sekejap.Dekat MPR ni,aku banyak kena makan tau!Habis satu sesi,ada kudapan.Tapi,dah rezeki orang hidang,kita makan jelah...Buat apa nak menolak rezeki...

Sesi kedua masih dengan Kak Salina Ibrahim,tapi dalam ceramah menulis cerpen pula.Terus terang,aku masih dalam proses menulis novel,(yang sebenarnya...dah lama aku tak perbaharui) dan cerpen,adalah medan permulaan aku dalam bidang penulisan.(Walau pada hakikatnya,aku hanya menulis di majalah sekolah)Namun,dengan cerpenlah,aku berjaya menjadi peserta MPR.Alhamdulillah...

Malam...
sesi puisi bersama Encik Rahimidin Zahari...Penulis puisi negara.Malangnya,waktu dalam sesi ni lah aku banyak terlelap.HEhe...
Pada akhir sesi tersebut,pengetua MPR telah menyampaikan sesuatu .
"Siapkan 2 cerpen dan 6 puisi dalam minggu ini."Otak dah mula berkira-kira untuk menulis cerpen tentang apa.Cabaran baharu...

oklah!Mesti penatkan baca kisah aku ni.Kita stop dahulu.Bila-bila masa,sambung balik...banyak kenangan yang aku kutip sepanjang berada di kursus tu.Harap korang sudi meluangkan masa untuk melayan tinta aku.

Buat 2 orang follower terbaharu aku,terima kasih kerana sudi mengikuti blogku yang serba kekurangan ini.Jangan serik,erh...

till then,
secret unfold,
4/4/14.jumaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan