Tabung Kawen

CUTI, CUTI, CUTI




Fuh!!!!! Berapa bulan aku tak perhati blog sendiri ni. Rasanya, freelance blogger pun selalu update blog. Dasar pemalas Mar! *marah diri sendiri Oh, lupa pula. Selamat membaca tinta terbaharu aku. Agak banyak kerja nak kena buat. Tipulah kalau cakap aku tak mahu lagi menulis tinta kan...Rindu wooo. Malangnya, masa tidak pernah melayani permintaan hati untuk aku bersuka ria. Sob-sob. *alasan

Oh ya...Aku minta maaf sangat-sangat pada semua yang mengajak aku berblogwalking cuti sem haritu. HUHU...korang memang cuti tapi aku tengah final exam...Jadi lepasni harap aku dapat join lah. Sadis betul aku ni. Ni apa aku merepek ni? Kita masuk tajuk terus,ok? *senyum

Cuti. Yeah...sekarang tempat aku belajar tengah bercuti selama 2 minggu. Yang kini cutinya tinggal baki seminggu lagi.Selalunya, bagi mahasiswa dan mahasiswi yang akan bercuti semester ni, mereka cenderung untuk bekerja. Nak cari duit tambah poket sendiri. Dan untuk memastikan masa cuti yang banyak tu terluang dengan perkara yang berpekdah, gituuu... Jadi aku, sebagai salah seorang penuntut universiti tak lepas daripada memikirkan perkara yang sama. Cari kerja. Masalahnya, mana ada sesiapa yang nak gajikan orang untuk 2 minggu???

Pelan tu,kena tolak tepi. Ok,sekarang apa aku nak buat? Hihi...ni chek nak habaq mai ngn hangpa sat. Banyak sebenarnya benda yang boleh dibuat waktu cuti cenggini...kerja tu salah satunya je. Yang pertama...Membaca . Heh, membaca? Seriuslah baca kot? Boringnya...(mengeluh) Nak baca apa aja pun. Opsss! Nanti!* brek mengejut Beb, banyaklah sumber bacaan yang boleh kita dapat zaman-zaman sekarang ni. Tak semestinya korang kena baca buku fizikal. e-book kan ada. Download saja dekat playstore atau Apple store bagi yang guna Ipong tu. Ha...save money,right. Tapi yang paling aku sarankan ialah bacalah buku ilmiah. Ilmu yang kita dapat tu mana tahu boleh digunakan dalam tugasan sem akan datang? Atau pun boleh jugak membantu orang lain dengan sedikit kelebihan ilmu yang kita ada.Hasil daripada bacaan tadi. Kalau kaki novel pula, koranglah golongan yang paling punya banyak pilihan. Ikut kegemaran masing-masing. Yang kaki jiwang ada novel daripada Kaki Novel, Penulisan2U, JS Publication  (sekadar menamakan sebahagian) dan banyak lagi penerbitan. Tapi, sekarang era urban. Jadi kita banyak beralih pada buku-buku yang ada tema luar kotak macam daripada penerbitan Fixi, Lejen Press ,Dubook. Ha...Indie sikit. Best ok membaca ni. Yang kedua..baca bawah.

Itu kalau korang minat membaca. Dan selalunya, pembaca tegar ni cenderung beralih profesion jadi penulis pula. Jadi, kepada sesiapa yang ada idea tapi tak tahu nak letak kat mana, cubalah hantar pada syarikat-syarikat penerbitan buku ni. Dia orang suka je kalau korang hantar karya. Mana tau, rezeki terpijak. Ha gituuuu... Masa paling sesuai menulis. Masa cutilah. Waktu nilah korang tak ada benda sangat nak dikejar pun. Waktu ni jugak korang boleh menulis dengan tenang. Ni tips aku bagi. Jika korang tak mahu ada masalah writer's block masa nak menulis, Cuba cari idea awal-awal. Kumpul idea masa sem berlangsung. Pandai-pandailah curi masa (jika korang jenis yang aktif tu. yang tak memang melambak je masa yang ada kan.) Insyaallah, bila nak menaip tu idea cam curah-curah air hujan je atas skrin laptop. *hiperbola sungguh Jangan lupa pula nak catat sikit idea yang dah terfikir dalam kepala tu. Karang terlupa ,siapa yang rugi? *angkat kening  Ketiga...sambung bawah ok?

Ni, kebetulan pula masa aku cuti astro tengah buka semua siaran dia free. Jadi, berliburlah aku dengan gembiranya depan tv. Tukar punya tukar siaran aku tertengok satu siaran ni. FYI channel, saluran berapa ntah,aku tak ingat. Korang cerlah tengok nanti. Masa tu tengah tayang program nama Buy It,Fix It,Sell it. Rasanya korang dapat agak tak cerita tu pasal apa? Ok, aku nak bagitahu..Cerita tu tentang ada orang-orang ni buat perniagaan menjual barang tapi barang tu bukan sembarangan. Asal barang-barang tu dah dibuang, atau pemilik lama dah tak mahu lagi simpan. Jadi mereka ni beli barang-barang lama tu dengan harga yang murah. Dan yang menariknya, dia orang ni punya kreatif yang aku nak highlight ni...Barang-barang tadi digubah semula,dibuat balik jadi sesuatu yang baharu. Lepas tu, jual semula. Korang tahu tak yang untung diaorang dapat tu lebih 2 kali lipat banding harga asal dia orang beli. Ada barang tu siap dapat lelongan tinggi lagi.Fuh...Rasanya kalau korang boleh buat tab mandi jadi kerusi duduk sepasang atau tv lama jadi akuarium dengan lampu lip-lap melatup gitu...Masa cuti nilah boleh dilaksanakan. Percayalah, korang naik sem nanti boleh jadi orang kaya baharu gituuu...Habiskan masa cuti sem dengan berniaga barang kitar semula ni sangatlah laku beb.

Cara yang keempat untuk habiskan masa cuti ialah duduk rumah layan cerita korea. Hoho... Dan cara nilah yang aku buat untuk isi masa aku.* Choi betul. nasihat orang bukan main Hep! Jangan tipu, ramai je yang sehati sejiwa dengan akukan? Waktu cuti macam nilah kita boleh hadap laptop lama-lama sambil sibuk layan drama. Paling banyak aku layan siri Running Man lah. Bekalan cerita ambil siap-siap dengan kawan-kawan sebelum cuti. Heh...masa nak study sempat lagi copy cerita masuk harddisk. Dan bila cuti menjelma...dapat jugak tengok siri-siri tu. Alah, tak semestinya cerita Korea, sesiapa yang layan Hindustan ke, Jepun ke, semua tergolong dalam ni... Kalau yang tak sempat nak mengopy tu, download jelah dalam Youtube. Senang kan? Sekurang-kurangnya korang tak ada lah bosan sangat bercuti. Peace.

Ya, aku janji ni yang akhir. Dah kata pun tengah bercuti kan, cubalah cari aktiviti yang bersumberkan riadah sikit. Khas pada yang sukakan kedamaian desa tapi rumah pulak dekat bandar. Ikut kawan korang balik kampung. Belajar hidup ditempat orang. Setiap kawasan lain-lain keistimewaan...Tambahan pula, kembali kepada alam ni serius best. Rasa kedamaian ciptaan tuhan ni tak terucap dengan kata-kata. Ha..yang suka pergi berkhemah masuk hutan semua, panjat gunung redah jeram ke, buat sekarang, masa cuti Seronoknya...Serius, rasa macam nak terjun masuk parit belakang rumah sekarang jugak. Mandi parit,hehe... 

Kesimpulannya, banyak sangat-sangat benda yang kita boleh buat bagi mengisi waktu lapang ni. Tapi yang paling afdhal tolong keluarga. Yelah, bukan selalu dapat balik. Habiskan masa terluang dengan mengeratkan hubungan keluarga pun salah salah satu cara paling mudah. Apapun, hargai masa kini sebab masa tak berulang lagi. Kenang perkara yang indah jangan diulang silap yang sudah. Akhir kata daripada aku, salam penghujung cuti. Tata

Secret unfold
30/8/15

ps: salam masuk uni for degree student